Apa itu IMP?

Persijilan IMP

Pengenalan
IMP atau Islamic Manufacturing Practice merupakan suatu piawaian yang diwujudkan bagi tujuan membantu usahawan-usahawan Muslim yang bergiat didalam industri terutamanya bidang makanan dan kosmetik d idalam mengeluarkan produk-produk yang berstatus Halalan Toyyiba

Bagi tujuan tersebut, pihak Sekretariat Komuniti IMP telah mewujudkan sebuah piawaian atau suatu kaedah amalan pengilangan Islam yang merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan proses pengilangan produk-produk.

Elemen Asas Persijilan IMP
Terdapat tiga (3) elemen asas kepada persijilan IMP, iaitu :
i. Pengusaha
ii. Pekerja
iii. Bahan Mentah dan Situasi Kilang

Pengusaha
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam industri pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah:

i.Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.

ii. Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak

iii. Mengetahui persoalan hukum-hakam didalam pembuatan produk

iv. Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan agama

v. Membekalkan produk yang mengikut piawaian syara’

vi. Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Pekerja
Pekerja yang melibatkan diri di dalam ndustri pembuatan produk berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah:

i. Seorang Islam dan beriman kepada Allah dan Rasul
ii. Mengetahui dengan bersungguh-sungguh hukum thoharah (Bersuci) yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah
iii. Berkemampuan untuk membaca Al-Qur’an
iv. Sentiasa berada dalam wudhu’
v. Sentiasa memulakan pekerjaan dengan Bismillah

Bahan Mentah dan Situasi Kilang

A. Bahan Mentah
i. Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman

B. Situasi Kilang
i. Susunan dalam kilang mengikut syara’
ii. Tidak ada muzik, ada nur bacaan Al-Qur’an
iii. Ada kuliah kefahaman tentang HALAL, IMP, GMP dan HACCP
iv. Ada kuliah kefahaman tentang agama Islam pada keseluruhan bahagian pengurusan dan operasi
v. Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah
vi. Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan

Sumber: IMP Community.